3.2a Subset


3.2 Subset, Set Semesta, dan Set Pelengkap

3.2a Subset
1.      Set A ialah subset bagi set B jika semua unsur dalam set A terdapat dalam set B.
2.      Hubungan ‘set A ialah subset bagi set B’ ditulis sebagai AB.
Contoh:
A = {11, 12, 13} dan B = {10, 11, 12, 13, 14}
Semua unsur set A terdapat dalam set B.
Oleh itu AB.

3.      AB boleh digambarkan dengan menggunakan gambar rajah Venn berikut:


4.      Simbol  diguna untuk menandakan ‘bukan subset kepada’.
5.      Set kosong adalah subset bagi semua set.
Misalnya, ϕA

6.      Set itu sendiri adalah subset.
Misalnya, BB

7.      Bilangan unsur, n bagi suatu subset adalah 2n.
Misalnya, jika A = {3, 7}
Maka n = 2, bilangan subset bagi set A = 22 = 4
Semua subset bagi set A ialah { }, {3}, {7} and {3, 7}.