1.1 Angka Bererti (Bahagian 2)


Angka Bererti (Bahagian 2)
1.      Melakukan penambahan, penolakan, pendaraban, dan pembahagian yang melibatkan beberapa nombor dan menyatakan jawapan dalam bentuk angka bererti tertentu.

Contoh 1:
Cari nilai bagi setiap nombor yang berikut dan memberi jawapan betul kepada 3 angka bererti.
(a)  261.9 + 75.6 × 0.7
(b)  0.062 × 30.12 + 1.268
(c)  8.068 ÷ 0.08 – 28.35
(d) 0.846 ÷ 0.4 – 0.153 × 2

Penyelesaian:
(a)  261.9 + 75.6 × 0.7
= 261.9 + 52.92
= 314.82
= 315 (3 angka bererti)

(b)  0.062 × 30.12 + 1.268
= 1.86744 + 1.268
= 3.13544
= 3.14 (3 angka bererti)

(c)   8.068 ÷ 0.08 – 28.35   
= 107.6 – 28.35
= 79.25
= 79.3 (3 angka bererti)

(d)  0.846 ÷ 0.4 – 0.153 × 2 
= 2.115 – 0.306
= 1.809
= 1.81 (3 angka bererti)


Contoh 2:
Hitungkan nilai 5.33 + 0.33 × 17 dan memberi jawapan betul kepada 3 angka bererti.

Penyelesaian:
5.33 + 0.33 × 17
= 5.33 + 5.61
= 10.84
= 10.8 (3 angka bererti)


Contoh 3:
Hitungkan nilai 49.3567 + 16.73 ÷ 0.5 dan memberi jawapan betul kepada 4 angka bererti.

Penyelesaian:
49.3567 + 16.73 ÷ 0.5
= 49.3567 + 33.46
= 82.8167
= 82.82 (4 angka bererti)


Contoh 4:
Hitungkan nilai 3.42 ÷ 12 × 3.7 dan memberi jawapan betul kepada 4 angka bererti.

Penyelesaian:
3.42 ÷ 12 × 3.7
= 1.0545
= 1.055 (4 angka bererti)