3.1c Menyatakan Koordinat-koordinat Imej bagi suatu Titik di bawah Gabungan Dua


3.1c Menyatakan Koordinat-koordinat Imej bagi suatu Titik di bawah Gabungan Dua
1.      Koordinat-koordinat bagi imej satu titik, K, di bawah suatu gabungan penjelmaan AB, boleh ditentukan dengan langkah-langkah berikut:
Step 1: Menentukan koordinat-koordinat K’, imej bagi K, di bawah penjelmaan pertama, B.
Step 2: Menentukan koordinat-koordinat K”, imej bagi K’, di bawah penjelmaan kedua, A. K” ialah imej bagi K, di bawah gabungan penjelmaan AB.


Contoh:
T, P, R dan E adalah empat penjelmaan yang ditakrifkan seperti berikut:
P = pantulan pada paksi-y.
R = Putaran 90o ikut arah jam pada asalan.
E = Satu pembesaran pada asalan dengan faktor skala 3.
Cari koordinat-koordinat bagi imej titik A (3, –2) di bawah setiap gabungan penjelmaan berikut.
(a) TT              (b) PT             (c) ET             (d) ER           (e) EP

Penyelesaian:
(a)

A(3, –2) → TA’(–1, 1) → TA”(–5, 4).


(b)

A(3, –2) → TA’(–1, 1) → PA”(1, 1).

(c)

A(3, –2) → TA’(–1, 1) → EA”( –3, 3).


(d)

A(3, –2) → RA’(–2, 3) → EA”( –6, –9).


(e)

A(3, –2) → PA’(–3, –2) → EA”( –9, –6).