5.1 Ubahan Langsung (Bahagian 2)


5.1 Ubahan Langsung (Bahagian 2)
(D) Menyelesaikan masalah yang melibatkan ubahan langsung
1.      Jika y α xn, di mana n = ½, 2, 3, maka persamaannya ialah y = kxn di mana k ialah pemalar.
2.      Graf y melawan xn adalah satu garis lurus yang melalui asalan.
3.      Jika y α xn, dan diberi dengan maklumat yang mencukupi, maka nilai x atau niali y dapat ditentukan.

Contoh:
y berubah secara langsung dengan x3 dan y = 54 apabila x = 3, cari
(a)  nilai bagi x apabila y = 16
(b)  nilai bagi y apabila x = 4

Penyelesaian:
Diberi y α x3, y = kx3
Apabila y = 54, x = 3,
54 = k (3)3
54 = 27k
k = 2
maka y = 2x3

(a)  Apabila y = 16
16 = 2x3
x3 = 8
x = 2

(b)  Apabila x = 4
y = 2(4)3 = 128