10.1 Sudut Dongakan dan Sudut Tunduk


10.1 Sudut Dongakan dan Sudut Tunduk
1.      Sudut dongakan ialah sudut tirus di antara garis mengufuk yang melalui mata pencerap dengan garis lurus yang menyambungkan mata pencerap dengan objek yang berada di sebelah atas garis mengufuk itu.


Contoh 1:

Sudut dongakan bagi objek O dari POPA


2.      Sudut tunduk ialah sudut tirus di antara garis mengufuk yang melalui mata pencerap dengan garis lurus yang menyambungkan mata pencerap dengan objek yang berada di sebelah bawah garis mengufuk itu.


Contoh 2:

Sudut tunduk bagi objek O dari P = OPA


3.      Sudut dongakan dan sudut tunduk adalah sentiasa diukur dari garisan mengufuk.

Contoh 3:
Rajah di bawah menunjukkan dua batang tiang tegak, JK dan NL yang terletak pada permukaan mengufuk. M adalah satu titik atas NL dengan keadaan JK = ML.

Sudut tunduk titik J dari titik N ialah

Penyelesaian:
Sudut tunduk titik J dari titik N ialah sudut di antara garis JN dengan garis mengufuk melalui N.
Sudut tunduk J dari N
= sudut dongakan N dari J
= NJM