7.1 Ruang Sampel


7.1 Ruang Sampel
(A) Uji kaji
1.      Uji kaji ialah suatu proses dalam membuat pemerhatian untuk mendapat keputusan yang dikehendaki.
2.      Kesudahan uji kaji ialah keputusan yang mungkin diperoleh daripada satu uji kaji.


(B)  Menyenaraikan semua kesudahan yang mungkin bagi suatu uji kaji
1.      Kita boleh menyenaraikan semua kesudahan yang mungkin bagi suatu uji kaji dengan menjalankan uji kaji atau secara penaakulan.

Contoh 1:
Enam keping kad yang ditunjukkan dalam rajah di atas dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Satu kad dipilih secara rawak daripada kotak. Senaraikan semua kesudahan yang mungkin.

Penyelesaian:
Semua kesudahan yang mungkin ialah O, R, A, N, G, E.


(C)       Ruang sampel suatu uji kaji
1.      Ruang sampel, S, ialah koleksi semua kesudahan yang mungkin bagi sesuatu uji kaji.
2.      Huruf S digunakan untuk mewakili ruang sampel dan semua kusudahan yang mungkin ditulis dalam kurungan, { }.

Contoh 2:
Satu huruf dipilih daripada perkataan ‘GARDEN’.
(a)  Senaraikan semua kesudahan yang mungkin.
(b)  Tulis ruang sampel, S, menggunakan tatatanda set.

Penyelesaian:
(a)  Kesudahan yang mungkin ialah G, A, R, D, E dan N.
(b)  Ruang sampel, S = { G, A, R, D, E, N }