9.1 Longitud


9.1 Longitud
1.      Bulatan agung ialah bulatan yang terbentuk pada permukaan bumi oleh suatu satah yang melalui pusat bumi.
2.      Meridian adalah separuh bulatan agung yangmenyambungkan Kutub Utara dan Kutub Selatan.
3.      Meridian yang melalui bandar Greenwich di England disebut Meridian Greenwich
4.      Longitud bagi Meridian Greenwich adalah 0o.
5.      Longitud sesuatu meridian ditentukan oleh:
(a)     sudut di antara satah meridian itu dengan satah Meridian Greenwich.
(b)     Kedudukan meridian itu ke timur atau ke barat Meridian Greenwich. 

Contoh:

Longitud bagi P ialah 55o B.
Longitud bagi Q ialah 30o T.

6.      Semua titik yang terletak pada meridian yang saman mempunyai longitud yang sama.

Beza di antara Dua longitud
1.      Jika kedua-dua longitud berada ke barat atau ke timur Meridian Greenwich, menolakkan sudut-sudut longitud mereka untuk mencari beza antara dua longitud.
2.      Jika satu longitud berada ke barat Meridian Greenwich dan longitud yang lain berada ke timur Meridian Greenwich, menambahkan sudut-sudut longitud mereka untuk mencari beza antara dua longitud.