9.4.2 Jarak di antara Dua Titik pada Selarian Latitud yang Sama


9.4.2 Jarak di antara Dua Titik pada Selarian Latitud yang Sama
1. Untuk mencari jarak di sepanjang selarian latitud yang sama:


  Jarak di antara titik P dan titik Q
  = ( beza di antara dua longitud itu dalam minit ) × kos latitud
  = ( θ × 60 × kos xo ) batu nautika



Contoh:

Dalam rajah di atas, hitung
(a) jarak PQ, diukur sepanjang selarian latitud 34o U,
(b) jarak DM, diukur sepanjang selarian latitud 54o S.

Penyelesaian:
(a)
Beza di antara dua longitud P dan Q
= 40o + 58o = 98o
Oleh itu, jarak PQ, diukur sepanjang selarian latitud 34o U
= 98 × 60 × kos 34o ← [θ × 60 × kos (latitud)]
= 4874.74 b.n. 

(b)
Beza di antara dua longitud D dan M
= 82o – 40o = 42o
Oleh itu, jarak DM, diukur sepanjang selarian latitud 54o S
= 42 × 60 × kos 54o ← [θ × 60 × kos (latitud)]
= 1481.22 b.n.