6.5 Kekerapan Longgokan
Kekerapan
longgokan bagi suatu data atau selang kelas dalam jadual
kekerapan adalah diperoleh dengan menentukan hasil tambah kekerapannya dengan
jumlah kekerapan semua data atau selang
kelas sebelumnya.
(A) Ogif
Ogif
ialah
graf kekerapan longgokan yang diperoleh dengan memplotkan kekerapan
longgokan bertentangan dengan sempadan atas setiap kelas.
Contoh:
Data di bawah menunjukkan bilangan buku yang dibaca
oleh sekumpulan 60 orang murid dalam setahun.
|
Buku
|
Kekerapan
|
|
6-10
|
3
|
|
11-15
|
7
|
|
16-20
|
11
|
|
21-25
|
16
|
|
26-30
|
11
|
|
31-35
|
8
|
|
36-40
|
4
|
(a) Bina
satu jadual kekerapan longgokan bagi data di atas.
(b) Dengan
menggunakan skala 2cm kepada 5 buku pada paksi mengufuk dan 2cm kepada 10 orang
murid pada paksi mencancang, lukiskan satu ogif bagi data tersebut.
Penyelesaian:
(a)
· Tambah satu kelas dengan
kekerapan sifar sebelum kelas pertama.
· Cari sempadan atas bagi
setiap selang kelas.
|
Buku
|
Kekerapan
|
Kekerapan
longgokan
|
Sempadan atas
|
|
1-5
|
0
|
0
|
5.5
|
|
6-10
|
3
|
0 + 3 = 3
|
10.5
|
|
11-15
|
7
|
3 + 7 = 10
|
15.5
|
|
16-20
|
11
|
10 + 11 = 21
|
20.5
|
|
21-25
|
16
|
21 + 16 = 37
|
25.5
|
|
26-30
|
11
|
37 + 11 = 48
|
30.5
|
|
31-35
|
8
|
48 + 8 = 56
|
35.5
|
|
36-40
|
4
|
56 + 4 = 60
|
40.5
|
