Monday, June 27, 2016

9.4.3 Jarak Terpendek di antara Dua Titik


9.4.3 Jarak Terpendek di antara Dua Titik
1.      Jarak terpendek di antara dua titik adalah di sepanjang longitud atau bulatan agong.


  Jarak terpendek antara titik D dan titik M
   = ( θ × 60 ) batu nautika



Contoh:
Dalam rajah di atas, hitung
(a)  jarak dari P ke Q, diukur sepanjang selarian latitud 48o S,
(b)  jarak dari P ke Q, diukur sepanjang laluan PSQ, dan S ialah kutub selatan.
Nyatakan jarak terpendek.

Penyelesaian:
(a)
Jarak dari P ke Q, diukur sepanjang selarian latitud 48o S
= 180 × 60 × kos 48o ← (sudut PMQ = 180o)
= 7266.61 b.n.

(b)
Jarak dari P ke Q, diukur sepanjang laluan PSQ, dan S ialah kutub selatan
= 84 × 60 ← (sudut POQ = 180o – 48o – 48o = 84o)
= 5040 b.n.
Jarak dari P ke Q, diukur sepanjang laluan PSQ dalam (b), dan S ialah kutub selatan, adalah lebih pendek berbanding dengan jarak dalam (a).


  Jarak terpendek dalam contoh di atas ialah            
  Jarak diukur di sepanjang bulatan agung yang
  melalui Kutub Selatan (atau Utara).