4.5 Deduksi dan Aruhan
(A)
Penaakulan Secara Deduksi dan Secara
Aruhan
1.
Deduksi adalah suatu
process membuat kesimpulan khusus
berdasarkan pernyataan yang umum.
2.
Aruhan adalah suatu
process membuat kesimpulan umum
berdasarkan kes-kes khusus.
|
Tip Matematik
1. Pernyataan
umum →
Kesimpulan khusus → Deduksi
2. Kes-kes khusus → Kesimpulan
umum →
Aruhan
|
Contoh:
Tentukan
sama ada sesuatu kesimpulan yang berikut dibuat berasaskan penaakulan secara
deduksi atau penaakulan secara aruhan.
(a) Luas segi tiga =
½ × Tapak × Tinggi
(i)
Luas
∆ ABC
=
½ × 7cm × 5cm
=
17.5 cm2
(ii)
Luas
∆ DEF
=
½ × 7cm × 4cm
=
14 cm2
(b)
1
= 7 (1)2 – 6
22
= 7 (2)2 – 6
57
= 7 (3)2 – 6
106
= 7 (4)2 – 6
7n2 – 6, n = 1, 2, 3, 4…
Penyelesaian:
(a) Kesimpulan khusus dibuat berdasarkan pernyataan yang umum. Oleh itu,
kesimpulan itu dibuat berasaskan penaakulan
secara deduksi.
(b) Kesimpulan umum 7n2 – 6, n = 1,
2, 3, 4… dibuat berdasarkan kes-kes
khusus. Oleh itu, kesimpulan itu dibuat berasaskan penaakulan secara aruhan.

