4.6 Penaakulan Matematik, SPM Praktis (Kertas 2)
Soalan 1:
(a) Nyatakan sama
ada setiap pernyataan berikut adalah benar atau palsu.
(ii) 17 ialah nombor perdana atau nombor
genap.
(b) Lengkapkan
pernyataan, di ruang jawapan, untuk membentuk satu pernyataan yang benar dengan
menggunakan pengkuantiti ‘semua’ atau ‘sebilangan’.
(c) Tulis dua implikasi berdasarkan pernyataan
berikut:
Suatu
nombor ialah nombor perdana jika dan hanya jika nombor itu hanya boleh
dibahagi dengan 1 dan nombor itu sendiri.
|
Penyelesaian:
(a)(i)
Palsu
(a)(ii)
Benar
(b)
Sebilangan gandaan bagi 3 adalah gandaan bagi 6.
(c) Implikasi 1: Jika
suatu nombor ialah nombor perdana, maka nombor itu hanya boleh dibahagi dengan
1 dan nombor itu sendiri.
Implikasi 2: Jika suatu nombor hanya
boleh dibahagi dengan 1 dan nombor itu sendiri, maka nombor ialah nombor
perdana.
Soalan 2:
(a) Nyatakan sama
ada setiap pernyataan berikut adalah benar atau palsu.
(i)
2
× 3 = 6 atau 2 + 3 = 6
(ii)
2
ialah nombor perdana dan 5 ialah nombor genap.
(b) Tulis akas untuk
implikasi berikut.
Seterusnya, nyatakan sama ada akas
tersebut adalah benar atau palsu.
Jika
x adalah gandaan bagi 12,
maka
x adalah gandaan bagi 3.
|
(c) Lengkapkan
premis dalam hujah berikut:
Premis 1: Semua heksagon
mempunyai lima sisi
Premis 2:
_____________________
Kesimpulan: ABCDEF mempunyai enam sisi.
|
Penyelesaian:
(a)(i)
benar
(a)(ii)
Palsu
(b) Akas: Jika x adalah gandaan bagi 3, maka x adalah gandaan bagi 12.
Akas adalah palsu.
(c) Kesimpulan: ABCDEF ialah satu heksagon.
Soalan 3:
(a) Lengkapkan setiap
pernyataan dengan menggunakan pengkuantiti ‘semua’ atau ‘sebilangan’ supaya
menjadi suatu pernyataan benar.
(i)
_______
nombor perdana adalah nombor ganjil.
(ii)
_______
pentagon mempunyai lima sisi.
(b) Tulis dua implikasi berdasarkan pernyataan
berikut:
A ∩ B = B jika dan hanya jika A
U
B = A
|
(c) Lengkapkan
premis dalam hujah berikut:
Premis 1: Jika suatu
nombor ialah faktor bagi 24, maka nombor itu ialah faktor bagi 48.
Premis 2: 12 ialah faktor
bagi 24.
Kesimpulan:
_____________________
|
Penyelesaian:
(a)(i)
Sebilangan nombor perdana adalah nombor ganjil.
(a)(ii)
Semua pentagon mempunyai lima sisi.
(b) Implikasi 1:
Jika A ∩ B = B, maka A U B = A.
Implikasi 2: Jika A U B
= A, maka A ∩ B = B.
(c) Kesimpulan: 12 ialah faktor bagi 48.