4.5 Hujah
(A) Premis dan
Kesimpulan
1.
Penghujahan
ialah process membuat suatu kesimpulan berdasarkan beberapa pernyataan yang
diberi.
2.
Pernyataan yang diberi itu
dinamakan premis.
3.
Suatu hujah
adalah terdiri daripada premis dan kesimpulan.
Contoh 1:
Kenal pasti premis dan kesimpulan dalam hujah yang
berikut.
(a) Satu
pentagon mempunyai 5 sisi. ABCDE adalah
satu pentagon. Maka, ABCDE mempunyai 5
sisi.
Penyelesaian:
Premis
1:
Satu pentagon mempunyai 5 sisi.
Premis
2:
ABCDE adalah satu pentagon.
Kesimpulan:
ABCDE mempunyai 5 sisi.
(B) Bentuk Hujah
1.
Berdasarkan dua premis yang diberi,
satu kesimpulan boleh dibuat untuk tiga
bentuk hujah yang berlainan.
Hujah Bentuk I
|
Premis
1: Semua A adalah B.
Premis
2: C adalah A.
Kesimpulan:
C adalah B.
|
Contoh 2:
Buat satu kesimpulan berdasarkan dua premis yang
berikut.
Premis
1:
Semua gandaan bagi 5 boleh dibahagi tepat dengan 5.
Premis
2:
45 ialah satu gandaan bagi 5.
Kesimpulan: _______________
Penyelesaian:
Kesimpulan:
45 boleh dibahagi tepat dengan 5.
Hujah Bentuk II
|
Premis 1: Jika p,
maka q.
Premis 2: p adalah
benar.
Kesimpulan: q adalah benar.
|
Contoh 3:
Buat satu kesimpulan berdasarkan dua premis yang
berikut.
Premis
1:
Jika suatu nombor ialah faktor bagi 18, maka nombor itu ialah faktor bagi 54.
Premis
2:
3 ialah faktor bagi 18.
Kesimpulan: _______________
Penyelesaian:
Kesimpulan:
3 ialah faktor bagi 54.
Hujah Bentuk III
|
Premis 1: Jika p,
maka q.
Premis 2: Bukan q adalah
benar.
Kesimpulan: Bukan p adalah benar.
|
Contoh 4:
Buat satu kesimpulan berdasarkan dua premis yang
berikut.
Premis
1:
Jika P ialah subset bagi Q, maka P ∩ Q = P.
Premis
2:
P ∩ Q ≠ P
Kesimpulan: _______________
Penyelesaian:
Kesimpulan:
P bukan subset bagi Q.