7.1 Ruang Sampel
(A) Uji kaji
1. Uji kaji ialah suatu proses dalam membuat
pemerhatian untuk mendapat keputusan yang dikehendaki.
2. Kesudahan
uji kaji ialah keputusan
yang mungkin diperoleh daripada satu uji kaji.
(B) Menyenaraikan semua
kesudahan yang mungkin bagi suatu uji kaji
1. Kita
boleh menyenaraikan semua kesudahan yang mungkin bagi suatu uji kaji dengan menjalankan
uji kaji atau secara penaakulan.
Contoh 1:
Enam keping kad yang ditunjukkan dalam rajah di atas
dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Satu kad dipilih secara rawak daripada kotak.
Senaraikan semua kesudahan yang mungkin.
Penyelesaian:
Semua kesudahan yang mungkin ialah O, R, A, N, G, E.
(C)
Ruang sampel suatu uji
kaji
1. Ruang sampel,
S, ialah koleksi semua kesudahan yang
mungkin bagi sesuatu uji kaji.
2. Huruf
S digunakan untuk mewakili ruang
sampel dan semua kusudahan yang mungkin ditulis dalam kurungan, { }.
Contoh 2:
Satu huruf dipilih daripada perkataan ‘GARDEN’.
(a) Senaraikan
semua kesudahan yang mungkin.
(b) Tulis
ruang sampel, S, menggunakan
tatatanda set.
Penyelesaian:
(a) Kesudahan
yang mungkin ialah G, A, R, D, E dan N.
(b) Ruang
sampel, S = { G, A, R, D, E, N }
