9.2 Latitud
1.
Bulatan agong yang satahnya
berserenjang dengan paksi bumi dikenali sebagai Khatulistiwa.
2.
Bulatan yang satahnya berserenjang
dengan paksi bumi dan selari dengan satah khatulistiwa dikenali sebagai selarian
latitud.
3.
Latitud ialah sudut pada pusat bumi
yang dicangkum oleh lengkok suatu meridian bermula dari Khatulistiwa ke
selarian latitud.
4.
Latitud Khatulistiwa ialah 0o.
5.
Semua titik pada selarian latitud yang sama mempunyai latitud yang sama.
Contoh:
Latitud bagi D
ialah 30o U.
Latitud bagi E
ialah 45o S.
Beza di antara Dua Latitud
1.
Jika kedua-dua selarian latitud berada ke utara atau ke selatan Khatulistiwa,
menolakkan sudut-sudut latitud
mereka untuk mencari beza antara dua latitud.
2.
Jika satu selarian latitud berada
ke utara Khatulistiwa dan satu selarian
latitud yang lain berada ke selatan Khatulistiwa,
menambahkan sudut-sudut latitud
mereka untuk mencari beza antara dua latitud.

