9.1 Longitud
1.
Bulatan agung ialah
bulatan yang terbentuk pada permukaan bumi oleh suatu satah yang melalui pusat
bumi.
2.
Meridian adalah separuh bulatan agung
yangmenyambungkan Kutub Utara dan Kutub Selatan.
3.
Meridian yang melalui bandar
Greenwich di England disebut Meridian Greenwich
4.
Longitud bagi Meridian Greenwich adalah
0o.
5.
Longitud sesuatu meridian ditentukan
oleh:
(a) sudut
di antara satah meridian itu dengan satah Meridian Greenwich.
(b) Kedudukan
meridian itu ke timur atau ke barat Meridian Greenwich.
Contoh:
Longitud bagi P
ialah 55o B.
Longitud bagi Q
ialah 30o T.
6.
Semua titik yang terletak pada meridian yang saman mempunyai longitud
yang sama.
Beza di antara Dua
longitud
1.
Jika kedua-dua longitud berada ke barat atau ke timur Meridian Greenwich,
menolakkan sudut-sudut longitud
mereka untuk mencari beza antara dua longitud.
2.
Jika satu longitud berada ke barat Meridian Greenwich dan longitud
yang lain berada ke timur Meridian
Greenwich, menambahkan sudut-sudut
longitud mereka untuk mencari beza antara dua longitud.
