4.2 Pengkuantiti ‘Semua’ dan ‘Sebilangan’
Membina pernyataan
yang menggunakan pengkuantiti ‘Semua’ dan ‘Sebilangan’
1.
Pengkuantiti adalah perkataan yang
menerangkan bilangan objek atau kes tertentu dalam satu pernyataan.
2.
Pengkuantiti ‘semua’, ‘sebarang’ dan ‘setiap’ menerangkan setiap objek atau kes memenuhi syarat
tertentu.
3.
Pengkuantiti ‘sebilangan’, ‘beberapa’ dan
‘satu daripada sebahagian’ menerangkan
satu atau beberapa objek atau kes memenuhi syarat tertentu.
Contoh:
Dengan menggunakan pengkuantiti ‘semua’ atau ‘sebilangan’,
lengkapkan setiap yang berikut supaya membentuk satu pernyataan benar.
(a) _______
poligon mempunyai bilangan bucu dan sisi
yang sama.
(b) _______ nombor gandaan bagi 9 adalah nombor genap.
(c) _______ nombor bulat boleh dibahagi tepat dengan 7.
(d) _______ faktor untuk 4 adalah faktor untuk 20.
Penyelesaian:
(a) Semua
poligon mempunyai bilangan bucu dan sisi yang sama.
(b) Sebilangan
nombor gandaan bagi 9 adalah nombor genap.
(c) Sebilangan
nombor bulat boleh dibahagi tepat dengan 7.
(d) Semua
faktor untuk 4 adalah faktor untuk 20.