4.2 Pengkuantiti ‘Semua’ dan ‘Sebilangan’ (Contoh Soalan)
Soalan 1:
Dengan menggunakan pengkuantiti ‘semua’ atau ‘sebilangan’,
lengkapkan setiap yang berikut supaya membentuk satu pernyataan benar.
(a) _____
segi empat tepat adalah segi empat sama.
(b) _____
nombor perdana adalah nombor ganjil.
(c) _____
Segi tiga mempunyai sisi sama.
(d) _____
nombor genap boleh dibahagi tepat dengan 2.
Penyelesaian:
(a) Sebilangan
segi empat tepat adalah segi empat sama.
(b) Sebilangan
nombor perdana adalah nombor ganjil.
(c) Sebilangan
Segi tiga mempunyai sisi sama.
(d) Senua
nombor genap boleh dibahagi tepat dengan 2.
Soalan 2:
Bina satu pernyataan benar dengan menggunakan
pengkuantiti ‘semua’ atau ‘sebilangan’ berdasarkan objek dan ciri yang diberi.
(a) Objek:
nombor gandaan bagi 4
Ciri:
boleh dibahagi tepat dengan 5
(b) Objek:
heksagon sekata.
Ciri:
6 sisi sama.
(c) Objek:
sudut tirus
Ciri:
kurang daripada 90o
Penyelesaian:
(a) Sebilangan
nombor gandaan bagi 4 boleh dibahagi tepat dengan 5.
(b) Semua heksagon sekata mempunyai 6 sisi sama.
(c) Semua
sudut tirus adalah kurang daripada 90o.