Friday, June 17, 2016

6.2 Kuantiti yang diwakili oleh Luas di Bawah Graf


6.2 Kuantiti yang diwakili oleh Luas di Bawah Graf
1.      Dalam graf laju-masa,
      (a)   Kuantiti yang diwakili oleh kecerunan graf ialah pecutan atau kadar perubahan laju.
      (b)   Kuantiti yang diwakili oleh luas di bawah graf ialah jarak dilalui.

Contoh 1:
Hitung jarak bagi setiap graf yang berikut.
(a)
Jarak = Luas di bawah graf laju-masa
Jarak = Luas segitiga
Jarak= 1 2 ×tapak×tinggi          = 1 2 ×7×6=21 m
 
(b)
Jarak = Luas di bawah graf laju-masa
Jarak = Luas segiempat tepat
Jarak = panjang × lebar
          = 6 × 4 = 24 m

(c)
Jarak = Luas di bawah graf laju-masa

Jarak = Luas trapezium
Jarak= 1 2 ( a+b )h Luas trapezium = 1 2 × Hasil tambah dua  sisi selari×tinggi         = 1 2 ( 4+6 )×8=40 m


(d) Gabungan Graf
Contoh 2:
Rajah di atas menunjukkan graf laju-masa bagi pergerakan suatu objek dalam tempoh 15 saat.
(a)    Nyatakan masa, dalam s, objek itu bergerak dengan laju seragam.
(b)   Hitungkan kadar perubahan laju, dalam ms-2, dalam tempoh 3 saat yang pertama.
(c)    Hitungkan purata laju bagi objek itu dalam tempoh 15 saat.

Penyelesaian:
(a)
Masa objek itu bergerak dengan laju seragam
= 9 – 3 = 6 s

(b)
Kadar perubahan laju dalam tempoh 3 saat yang pertama
= pecutan = kecerunan graf
= y 2 y 1 x 2 x 1 = 63 30 =1 m s 2

(c)
Jumlah jarak yang dilalui oleh objek itu dalam tempoh 15 saat
= Luas di bawah graf dalam 15 saat
= Luas P + Luas Q + Luas R
=[ 1 2 ( 3+6 )×3 ]+[ ( 93 )×6 ]+[ 1 2 ( 159 )×6 ] =27+36+18 =81 m  

Maka, purata laju bagi objek itu dalam tempoh 15 saat
= Jumlah jarak yang dilalui Jumlah masa yang diambil = 81 15 =5.4 m s 1