6.3 Kecerunan dan Luas di Bawah Graf,
SPM Praktis (Kertas 2)
Soalan 3:
Rajah di atas menunjukkan graf laju-masa bagi pergerakan
satu zarah dalam tempoh 10 saat. Dari graf, cari
(a) jumlah
jarak yang dilalui oleh zarah itu bagi keseluruhan perjalanan.
(b) laju
purata bagi keseluruhan perjalanan.
Penyelesaian:
(a)
Jumlah jarak yang dilalui
= Luas di bawah graf laju-masa
= Luas segitiga
= ½ × 15 × 10
= 75 m
(b)
Laju purata bagi keseluruhan perjalanan
Soalan 4:
Rajah di atas menunjukkan graf laju-masa bagi pergerakan
satu zarah dalam tempoh 12 saat. Cari
(a) tempoh
masa, dalam s, zarah itu bergerak
dengan laju seragam.
(b) jarak
yang dilalui apabila zarah itu bergerak dengan laju seragam.
(c) Jarak
yang dilalui oleh zarah itu apabila kadar perubahan laju adalah negatif.
Penyelesaian:
(a)
Tempoh
masa zarah itu bergerak dengan laju seragam
= 10
– 6
= 4 s
(b)
Jarak
yang dilalui apabila zarah itu bergerak dengan laju seragam
= Luas di bawah graf laju-masa
= Luas segiempat tepat
= 4 × 10
= 40 m
(c)
Jarak
yang dilalui oleh zarah itu apabila kadar perubahan laju adalah negatif
= Luas di bawah graf laju-masa dalam tempoh 6 s yang pertama
= Luas trapezium
= ½ (10 + 25)(6)
= 105 m

