7.2 Kebarangkalian Peristiwa Pelengkap
1. Peristiwa pelengkap bagi peristiwa A dalam satu ruang sampel, S, adalah terdiri daripada semua
kesudahan S yang bukan kesudahan A.
2. Bagi peristiwa A, A’ ialah pelengkap kepada peristiwa A
P (A’)
= 1 – P (A)
|
Contoh:
Satu
nombor dipilih secara rawak daripada satu set nombor bulat dari 1 hingga 40.
Hitung kebarangkalian bahawa nombor yang dipilih bukan satu kuasa dua sempurna.
Penyelesaian:
Katakan
A = Peristiwa
memilih satu nombor kuasa dua sempurna.
A’ = Peristiwa
memilih satu nombor bukan kuasa dua
sempurna.
A = {1, 4, 9, 16,
25, 36}
n(A) = 6
Oleh
itu, kebarangkalian bahawa nombor yang dipilih bukan satu kuasa dua sempurna ialah